Day 1: KLIA2 - Kota Kinabalu, Sabah (24/4/2023)

Jom kita mulakan hari pertama perjalanan kami dari KLIA2 ke Kota Kinabalu, Sabah.. 

Oleh sebab kami tidur di Tune Hotel KLIA2, so pkul 2.30 pagi, baru kami bangun untuk bersiap. Tepat pkul 3.30 pagi, kami check out dan berjalan kaki ke KLIA2 yang ambil masa dalam 10 minit je

Berjalan kaki dari Tune Hotel ke KLIA2 jam 3.30 pagi

Proses self check in baggage di Kaunter Air Asia pun berjalan lancar sebab banyak kaunter yang buka. Ambil masa dalam 10 minit je. Selesai urusan check in, kami terus masuk ke balai menunggu J8 sebab pkul 4 pagi ni takde apa2 pun yang menarik di KLIA2. Banyak kedai yang masih tutup.

Dlm pkul 5.50 pagi, kami mula boarding ke pesawat. Sebelum masuk ke pesawat, kami ambil dulu wuduk di surau supaya boleh solat di atas kapal terbang disebabkan waktu solat Subuh pada masa ini jam 6.07 pagi. Tepat jam 6.20 pagi, pesawat mula bergerak menuju ke Kota Kinabalu, Sabah.

View dari atas pesawat. Subhanallah cantik sangat

Alhamdulillah.. Perjalanan kami dari KLIA2 ke Kota Kinabalu dipermudahkan. Tiada gegaran-gegaran kuat yang menakutkan ketika atas pesawat 😁. Awan pun mcm mengalu-alukan perjalanan kami. Tepat jam 8.55 pagi, pesawat kami kelamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Urusan imigresen berjalan lancar. Utk pemegang IC, akan diberikan satu slip masuk untuk disimpan dan diserahkan kembali pada imigresen apabila keluar nanti.

Sepanjang kami di Kota Kinabalu, kami akan menggunakan kereta Proton Exora yang disewa dari KK Blue Wave Car Rental. Boleh juga Call/Whatsapp 019-4268278. Pemilik kereta sewa ni merupakan kawan isteri semasa belajar di UPM dulu. Overall memang puas hati dengan servis dorang. Kereta baru, bersih dan terjaga.
Kita selfie dulu di Airport Kota Kinabalu tanda hadir 😁
 

Isteri bergambar bersama pemilik KK Blue Wave Car Rental aka kwn ketika belajar di UPM

Oleh sebab waktu check-in apartment yang kami sewa hari ni pukul 3.00 ptg, so sementara tu kami jalan2 dulu sekitar Kota Kinabalu. Waktu ni dah start mengantuk. Ye la.. Bangun pukul 2.30 pagi tu. Atas pesawat tak berapa nak lena. 1st kami pegi jalan2 di Imago Shopping Mall. Lepak2 di Food Court dan Pizza Hut. Lepas makan, kami beli barang2 dapur di supermarket untuk bekal ke Kundasang nanti 😀. Setelah lebih kurang 3 jam dok di Imago, dalam pukul 1 petang, kami bergerak ke Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu yang merupakan salah satu tarikan untuk melawat sambil solat Zohor. Sebab mengantuk, takde gmbr yang diambil sebab pantang ada ruang, tidur lebih utama 😂.

Dlm pukul 2.30 ptg, kami bergerak ke apartmen Aeropod KK Rail Suite TM 802(A) yang kami sewa di Agoda. Apartmen ni berdekatan dgn Airport. Secara umum, apartmen ni puas hati sgt. Ada 2 katil queen dan 2 katil single dan memang sesuai dengan kami berenam. Disediakan juga free parking, WIFI, mesin basuh, dryer dan water dispenser. Harga semlm RM207.78. Kawasan ni WIFI sangat diperlukan sbb line data CELCOM sgt mengecewakan. Lokasi apartmen ni pada saya sgt strategik. Betul2 bersebelahan Airport dan tak jauh dari bandar KK. Bawah apartmen ada kedai serbaneka dan kedai makan. Kalau datang lagi next time, boleh duduk di sini lagi.


Maklumat Aeropod KK Rail Suite TM 802(A)

Dalam pukul 5 petang, kami cuba pergi ke Tanjung Aru untuk tgk sunset tetapi sebab baru raya ketiga, orang terlalu ramai dan jalan sgt jem 2 km sebelum sampai dan susah nak parking so kami decide terus pegi mkn mlm and datang semula ke Tanjung Aru di lain hari. Mlm ni kami pergi makan seafood di Nadirasa Resipi yang terletak di Todak Hawker Centre. So far makanan di sini sedap dan kena dengan tekak. Kami cuba seekor lobster berharga RM90 (500g) buat masak salted egg selain sotong goreng tepung, ketam masak cili, ikan kerapu masak 3 rasa, tomyam, nasi goreng, nasi putih dan air. Total harga dlm RM270++. Pada saya harga seafood di KK lebih kurang je di Semenanjung malahan mungkin lebih mahal kecuali lobster.
 

 
Makanan yang kami order

Harga lobster ni dlm RM600. Tak mmpu nak mkn. So kita bergmbr je 😃

Selepas makan mlm, kami pusing2 sekitar KK dengan kereta dan balik ke aparment untuk tidur sebab pagi esok kami nak ke Kundasang pulak.. So kena recharge tenaga.

Tamat hari pertama di KK.. Zzzzzzzzzz..

Comments