Park & Fly di Tune Hotel KLIA2

Assalamulaikum wbt & Salam sejahtera.

Tahun ni saya, isteri dan 4 orang anak berjalan ke Kota Kinabalu, Sabah start raya ketiga (24/4/2023) sehingga raya ketujuh (28/4/2023). Sesaja bawa anak sulung berjalan bagi release kepala selepas habis SPM2022 pada bulan Mac 2023 tempoh hari.

Kali ni saja parking di Tune Hotel KLIA2 sepanjang kami pergi ke Kota Kinabalu. Biasanya sebelum ni parking di Putrajaya Sentral je. Kali ni selepas buat kira-kira, better parking di Tune Hotel KLIA2 je sebab ada pakej Park & Fly. Saya ambil pakej parking 5 hari dengan bayaran RM135. Terus je bagitahu staf kaunter check-in kata nak guna Park & Fly. Ada juga pakej 3 hari dengan bayaran RM95.

 

Nak guna pakej ni kena tidur smlm di Tune Hotel KLIA2 ni dan parking bermula pada hari check in hotel. Kami tidur smlm di KLIA2 sebab flight Air Asia ke Kota Kinabalu hari berikutnya (24/4/2023) jam 6.20 pagi.

Kelebihan Park & Fly ni sebab harga berbaloi kalau ramai anggota rombongan sebab kalau parking di Putrajaya Sentral kena ambil kira kos KLIA Transit pergi dan balik. Selain itu, kedudukan parking yang hanya bersebelahan KLIA2 dan boleh berjalan kaki sahaja ke Airport sangat memudahkan terutama bila balik dan beg dah beranak pinak 😁😁😁.

Kekurangan Park & Fly di KLIA2 ni sbb parkingnya terbuka dan tiada bumbung. Staf Tune Hotel juga mengingatkan saya supaya tidak parking di bawah pokok di sekeliling Tune Hotel kerana banyak burung yang tidur apabila malam.

Itu je serba sedikit berkenaan Park & Fly at Tune Hotel KLIA2. Esok kami nak fly ke Kota Kinabalu, Sabah.. Tunggu kami datang..

 

 




Comments