Posts

Showing posts from May, 2023

Day 2: Kundasang, Sabah

Image
 Ke mana kita hari ke-2 ni? Hari ni kami akan ke Kundasang, Sabah, destinasi wajib kalau dah sampai ke Kota Kinabalu ni. Selesai je sarapan dengan masak ala kadar, kami terus check-out dengan memasukkan kembali kunci (access card) ke dalam mailbox dan seterusnya kami mula bergerak ke Kundasang sekitar jam 8.30 pagi. Cuaca pagi ni agak baik. Kami bergerak perlahan-lahan untuk melihat sekeliling ditambah dengan keadaan jalan yang agak kurang rata disebabkan terdapat banyak jalan yang dalam proses dinaiktaraf. Separuh perjalanan, kami singgah di Rumah Terbalik untuk menggamit kenangan lalu. Sebenarnya ini kali kedua kami kembali ke Kota Kinabalu selepas 10 tahun. Pada masa itu anak-anak masih kecil. Pada masa tersebut, kita masih boleh mengambil gambar di luar Rumah Terbalik secara percuma dan hanya perlu bayar jika mahu masuk ke dalam rumah. Tapi hari ini, semua kawasan telah dipagar dan perlu membeli tiket walau pun untuk mengambil gambar dengan struktur di luar Rumah Terbalik. Di s...