Posts

Showing posts from April, 2023

Day 1: KLIA2 - Kota Kinabalu, Sabah (24/4/2023)

Image
Jom kita mulakan hari pertama perjalanan kami dari KLIA2 ke Kota Kinabalu, Sabah..  Oleh sebab kami tidur di Tune Hotel KLIA2, so pkul 2.30 pagi, baru kami bangun untuk bersiap. Tepat pkul 3.30 pagi, kami check out dan berjalan kaki ke KLIA2 yang ambil masa dalam 10 minit je Berjalan kaki dari Tune Hotel ke KLIA2 jam 3.30 pagi Proses self check in baggage di Kaunter Air Asia pun berjalan lancar sebab banyak kaunter yang buka. Ambil masa dalam 10 minit je. Selesai urusan check in, kami terus masuk ke balai menunggu J8 sebab pkul 4 pagi ni takde apa2 pun yang menarik di KLIA2. Banyak kedai yang masih tutup. Dlm pkul 5.50 pagi, kami mula boarding ke pesawat. Sebelum masuk ke pesawat, kami ambil dulu wuduk di surau supaya boleh solat di atas kapal terbang disebabkan waktu solat Subuh pada masa ini jam 6.07 pagi. Tepat jam 6.20 pagi, pesawat mula bergerak menuju ke Kota Kinabalu, Sabah. View dari atas pesawat. Subhanallah cantik sangat Alhamdulillah.. Perjalanan kami dari KLIA2 ke Kota ...

Park & Fly di Tune Hotel KLIA2

Image
Assalamulaikum wbt & Salam sejahtera. Tahun ni saya, isteri dan 4 orang anak berjalan ke Kota Kinabalu, Sabah start raya ketiga (24/4/2023) sehingga raya ketujuh (28/4/2023). Sesaja bawa anak sulung berjalan bagi release kepala selepas habis SPM2022 pada bulan Mac 2023 tempoh hari. Kali ni saja parking di Tune Hotel KLIA2 sepanjang kami pergi ke Kota Kinabalu. Biasanya sebelum ni parking di Putrajaya Sentral je. Kali ni selepas buat kira-kira, better parking di Tune Hotel KLIA2 je sebab ada pakej Park & Fly. Saya ambil pakej parking 5 hari dengan bayaran RM135. Terus je bagitahu staf kaunter check-in kata nak guna Park & Fly. Ada juga pakej 3 hari dengan bayaran RM95.   Nak guna pakej ni kena tidur smlm di Tune Hotel KLIA2 ni dan parking bermula pada hari check in hotel. Kami tidur smlm di KLIA2 sebab flight Air Asia ke Kota Kinabalu hari berikutnya (24/4/2023) jam 6.20 pagi. Kelebihan Park & Fly ni sebab harga berbaloi kalau ramai anggota rombongan sebab kalau park...